I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 30 June 2012

WANITA, IBU DAN GURU



Pagi hari pergi ke pekan,
Singgah sebentar rumah Pak Seman;
Hadirnya Rasulullah contoh teladan,
Martabat wanita diangkat sopan.  

Seri mawar mekar di halaman,
Petik sekuntum buat hiasan;
Cantiknya wajah bukan ukuran,
Iman dan takwa jadi nilaian. 


Pisang masak di atas para,
Di petang hari jadi hidangan;
Aurat dijaga maruah dipelihara,
Wanita solehah itulah impian.

Duduk bersimpuh mengacip pinang,
Pinang diambil di kebun Awang;                 
Ibu dan guru jawatan disandang,
Mendidik penuh kasih dan sayang.

Leka termenung di pinggir kali,
Mengenang diri jauh di rantauan; 
Taat isteri pada suami,
Ganjaran syurga Allah janjikan.  



Friday, 8 June 2012

AIS PENYEBAB KANSER?

ANDA TIDAK PERCAYA? 
 Kepada yang gemar minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda.


Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.  Ia akan melemahkan penghadaman.  Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid, ia menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal lain. 


Ia akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.  Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

(petikan www.sinarharian.com.my)

Tuesday, 5 June 2012

MILIK SIAPA....

Bila tengok kereta ni teringat pada orang muda.......  cantik molek!!!  Siap dengan pelekat yang menambat hati.  Ni mesti kereta anak muda yang sebati dengan citarasa anak muda zaman sekarang......  depan belakang penuh sticker!!!  Wow.....

Tapi siapakah yang tahu siapa pemiliknya???  Jika kita tidak tahu, paling mudah kita hanya menyatakan bahawa kita tak kenal siapa pemiliknya.  Cuma andaikata kita tahu..... katakan ya sahaja.  Itu sudah mencukupi.  Jangan menaruh prasangka dan banyak membuat komen sedangkan kita tidak tahu pemilik sebenarnya.

Kita juga tidak boleh berteka teki sendiri memberi komen yang negatif,  selalulah positif thinking.... begitu kata pakar motivasi Dr Fadzilah Kamsah.  Kita juga wajarlah tidak berpersepsi sembarangan terhadap pemiliknya.  Citarasa manusia itu berbeza semuanya...... mungkin bagi kita sesuatu itu cantik di mata kita.... tapi tidak pula pada pandangan orang lain.  Kekadang kita tak berkenan pula, tapi indah pulak pada pandangan mata mereka.

Begitulah asam garam dunia...... rambut sama hitam, tapi hati lain-lain!!!