I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, 23 February 2013

BERIKAN DIA KEKUATAN

Entah kenapa sebak meraja di hati tatkala mengingati semula khabar yang diterima itu.  Dan tatkala malam-malam begini tika merenung wajah anakanda tercinta......... mampukah hati seorang ibu itu bertahan atas ujian yang diterimanya.

Sahabatku........ salam takziah dariku seisi keluarga.  Maaf kupinta kerana belum mampu meluangkan masa untuk menjenguk anak bujangmu yang terlantar di katil hospital.  Hati ini turut simpati mendengar perkhabaran yang mendukacitakan itu.  Entah yang mana benar.......  aku tidak pasti.  Lantaran berita yang diterima dalam versi yang pelbagai..... maka yang tersimpul di hatiku hanya memohon padaNYA agar membekalimu dengan ketabahan, kekuatan juga kesabaran dalam redho menerima segala ujian itu.

Tidak dapat kubayangkan bagaimana malang itu menimpa sebelum Subuh.  Tidak pasti akan kebenarannya sama ada dia dilanggar atau dia yang melanggar!  Namun apa yang pasti tangan dan kaki kiri patah.  Bahagian muka   mengalami kecederaan agak parah.  Allah Ya Allah...........

Sahabatku....... rasa terharuku kian menebal pabila mengenangkan engkau berupaya menangani tugas yang diamanahkan ke bahumu.  Mampu untuk menggalas kepayahan biar bayangan fitnah dan dengki kekadang mengejar.  Sedia untuk berhadapan dengan tohmahan yang datang.  Namun mampukah atau berupayakah dirimu berhadapan dengan ujian besar ini?   Melibatkan nyawa insan tersayang.....  

Aku mohon sangat-sangat padaMU Ya Robb.......  memberinya kekuatan.  Mengurniakannya kesabaran yang amat kental.  Berada dalam kondisi penuh ketenangan, dalam hati tidak goyah.  Anugerahkan padanya kehebatan bak serikandi Islam di zaman baginda Rasulullah SAW.  Cekal melalui detik-detik genting, saat-saat tegang di kala ini.  Ya Allah, kukirimkan seberkas doa ini buat sahabatku yang kukasih juga buat anakandanya yang terlantar di sana......

Ya Allah......
Segala puji bagiMU Ya Rob
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW

Kupohon padaMU Ya Allah
Tetapkanlah hatinya serta teguhkanlah imannya
   menerima ujian sehebat ini
Anugerahkan dirinya dengan ketabahan jua kecekalan hati
   kekuatan iman jua tawakkal kepadaMU
   agar dirinya sentiasa berada di landasan yang benar

Kupinta padaMu Ya Allah
Sembuhkanlah anak sahabatku ini
   sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh
Permudahkanlah segala urusan mereka
   hanya padaMU jua aku mohon pertolongan

Ya Allah Engkau Maha mendengar permohonan hambaMU ini.
Amin Ya Allah.



1 comment:

  1. Salam takziah buat temanku. berita yang baru kuterima (terlewat menerimanya). Kaki anakandamu tak dapat diselamatkan akibat kerosakan saraf yang agak teruk, maka terpaksa dipotong. Sebak meraja di hati..... mudah-mudahan Allah membalasnya dengan gantian kaki yg lebih baik di akhirat sana. Ketahuilah sahabatku, pastinya ada hikmah di sebalik musibah. Bersabarlah duhai teman.....

    ReplyDelete