Selasa, 19 Februari 2013

TETAMU YANG MENCABAR

Tahun 2013 .......  begitu mencabar!!!  Hingga ke bulan kedua ini pun masih banyak tugas yang belum diselesaikan.  Habis yang satu, satu lagi datang.  Selesai yang ini.....  ada lagi yang datang.  

Namun aku tetap meneruskan usaha demi menyelesaikannya walau hanya satu demi satu. Bimbang kerana bertangguh itu dikatakan pencuri waktu.  Bergerak tetap bergerak, biar bertatih namun berhenti tidak sekali.  

Tapi apa yang paling mencabar ialah tetamu yang hadir di kelasku untuk tahun ini.  Walau hadirnya tidak diundang, namun aku sedia menerimanya sama seperti anak-anak didikku yang lain.  Datang dari daerah yang sama, namun lokasi yang berbeza.  Datang mungkin membawa segenggam harapan, sekeping impian.  Namun sukar diselami!!!

Tidak banyak dapat kuperkatakan mengenainya.  Apa yang jelas.....dia tak banyak cakap.  Sukar untuk mengeluarkan butir bicara, namun tidak bisu atau gagap.  Terlalu perlahan pertuturannya, ada kala langsung tidak kedengaran.  Agak pendiam, malahan akan mendiamkan diri apabila minta diulangi perkataan dan ucapannya.  

Betapa mahal harga suaranya!!!  Namun aku akan terus mencuba dan mencuba, berusaha dan terus berusaha.  Menaruh harapan agar dia petah seperti anak-anak lain, yang sering bertanya itu dan ini.  Bersuara jika tidak faham,  bertanya jika kurang memahami. 

Namun situasi di rumahnya berbeda sekali.........  menurut ibunya anak ini akan bertindak seperti anak-anak biasa yang seringkali bising tidak kira masa.  Bercakap seperti anak lain,  jelas kedengaran suaranya......  Namun segalanya hilang sebaik-baik kakinya melangkah dalam kawasan sekolah.  Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan guru-gurunya.

Anak ini mungkin mengalami perasaan rendah diri, tapi entahlah...... mungkin juga tidak!!!  Aku mungkin akan cuba melakukan edisi siasat.  Moga Allah mempermudahkan segala urusan, amin.

2 ulasan:

mznoor berkata...

Sya pernah menghadapi situasi serupa awal tahun 90an di sebuah smk convent. Pelajar perempuan ting 1 ini tidak bersuara dlm kelas. Kalau jawab soalan suara tidak kedengaran. Saya pernah hilang sabar dan memarahi. Semasa hari jayawaris baru dpat tahu sebabnya. Anak itu telah didera oleh bapanya sendiri. Dia pernah dicampak keluar rumah melalui tingkap. Adik lelakinyapun didera. Akhirnya ibu mereka membawa mereka melarikan diri ke KL, dari Perak.. Ibu mereka ketika itu mengandung 6 bulan. Bergenang airmata ketika mendengar cerita siibu. Bergenang air mata menaip komen ini. Namanya pun sy dah lupa ttp muka manis anak itu masih terbayang....Rasa bersalah menghantui sehingga sekarang. Kiranya dipertemukan mahu saya memohon kemaafan dan keampunan dari insan tidak berdosa itu. Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada anda.

cikgu ida berkata...

Masalah yang serupa bagi kita....... barangkali ini ujian dlm kehidupan. Sesungguhnya DIA akan menurunkan ujian bagi hamba-NYA. Mungkin kita dapat belajar dari kesilapan masa lalu, dan mudah-mudahan juga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan kekuatan buat kita bagi meneruskan sisa-sisa usia mendatang. Sama2 kita mendoakan kebaikan anak-anak sebegini. Mereka bukan minta dilahirkan sedemikian. Dan kitalah barangkali boleh membantu, paling tidak berkongsi rasa membantu yang terdaya. Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda di sini. Doakanlah anak itu, mudah-mudahan kebahagiaan menjadi miliknya suatu hari nantim insyaAllah.