Jumaat, 12 Februari 2016

TARBIAH SENTAP

Aku dan anak-anak memang peminat buku.  Sanggup berlama-lama di kedai buku atau pameran buku.  Kalau di pasar malam, jika ada masa...... singgah juga walau sekejap.  Namun di situ tak banyak pilihan.  Sama juga keadaannya jika kami ke tempat-tempat ceramah.

Dan hari itu kami menjenguk buku di pasar raya memandangkan kak uda dan kak alang berhajat mencari buku di situ.  Aku mengambil kesempatan menuju ke rak yang kuminati.  Rasanya tahun ini belum lagi aku mengeluarkan belanja untuk buku ilmiah.......  mataku meliar meniti dari satu ke satu rak.  Dari sebuah ke sebuah buku.

Sehinggalah aku bertemu dengan 'Tarbiah Sentap'.  Kucapai naskhah pertama.  Tajam meneliti hasil tulisan siapa.  Memang benarlah... sudah agak lama aku tidak melangkah ke toko buku!  Ketinggalan betul aku........

Barangkali juga kerana aku tidak pernah menjejak kaki ke pasar raya tersebut, maka aku 'ketinggalan'.  Sedangkan anak-anak dah lama tahu.  Dah kenal pun penulisnya.  Tapi memang benarlah....... aku bukannya jenis suka ke pasar raya.  Kalau mustahak pun, sekadar beli apa yang dicatat dalam kertas sahaja.  Lepas itu balik rumah.  Tambahan pula itulah pertama kali kujejakkan kaki  ke situ.  

Dua hari kemudian baru sempat aku membelek buku berkenaan.  Dalam perjalanan kami menghantar kak alang balik ke kolej, aku meneliti buku tersebut.  Emm....... menarik!   Berpeluang menatap bait-bait bahasanya..... santai..... sentap......  terasa macam dekat saja kita dengan penulisnya.  Bahasa mudah sesuai dengan anak muda zaman sekarang.

Elok juga dihadiahkan kepada anak bujangku......mudah-mudahan penanya berjaya menembusi hati anakanda-anakandaku yang berhadapan dengan pujukan dan rayuan syaitan.  Dihimpit masalah dunia anak muda.  Dikepung persekitaran yang menggoda.   Malah, ada juga point yang membuat aku tersentap.  Kena batang hidung sendiri.  Hebat penulis muda ini, subhanallah.  Alhamdulillah....... 

Mudah-mudahan aku berjaya menghadam dua buah buku Adnin Roslan ini.  Malah mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya.  In syaa Allah.


2 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum cikgu. ya membaca amalan mulia,disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menerima pendapat cikgu tentang penggunaan library hari ini. saya ada perlukan sedikit bantuan cikgu dan pembaca2 yang lain mengenai KESEPIAN PERPUSTAKAAN PADA HARI INI. boleh tak kalau cikgu pemberi sedikit pendapat dan idea tentang library . jemput ke blog saya . terima kasih http://ainaalia5775.blogspot.my/2016/03/kenapa-library-kurang-dikunjungi.html

cikgu ida berkata...

Waálaikumussalam, maaf lambat beri respons.... Dah lama saya tak menjenguk blog ni. Lama dah tak up date. In shaa Allah, nanti saya menjengah ke sana. terima kasih atas perhatian.