I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 10 May 2017

KAK CHAH

1985 menemukan kita di MPSI.....

Masih kuingat lagi pada Kak Napisah..... mesra dipanggil Kak Chah.  Kecil molek orangnya.  Lincah perwatakannya.  Cuma bezanya Kak Chah menjejakkan kaki ke MPSI lebih awal dariku.  Cuma satu semester sahaja beza waktu kami ditempatkan di Lembah Bernam itu.  

Kak Chah sama 'batch' pula dengan saudaraku Makcik Zairiah, yang kupanggil Acik Tupin sahaja.  Turut sama mereka ialah kawan yang sama-sama pernah berada di Tingkatan 6 di SYS, Batu Gajah.  Marduati namanya.  

Jarang bersua mereka tika sama-sama berada di Ibu Kandung Suluh Budiman itu.  Kekadang kelihatan dari jauh sahaja.  Tidak berbual mesra.  Masing-masing hanya sekadar berbalas senyuman andaikata bertentang mata.  Asrama yang berbeza, jadual kelas yang padat, lebih-lebih lagi pengajian yang berlainan...... barangkali mungkin menjadi asbab kami terpisah walaupun di bawah bumbung yang sama.

Tapi itu dulu.......



Dan setelah bertebarannya kami meninggalkan IPSI, tiga nama tadi kian hilang.  Tambahan pula mereka keluar lebih dahulu dariku. Marduati menyambung pelajarannya jauh sekali.  Acik Tupin tak silap aku ditempatkan di Kelantan.  Kak Chah langsung hilang khabar beritanya.

Hanya setelah berumah tangga dan bertukar ke daerah Manjung, aku ditemukan semula dengan Kak Chah!  Syukur Alhamdulillah.......  Tika itu Kak Chah masih seperti dulu.  Tambah mesra bicaranya.  Lembut budi bahasanya.
Waktu itu kami ditemukan di karnival Anti Dadah.  Tak ingat pula tahun bila.

Waktu berinsut pergi.  Bertahun-tahun di daerah yang sama, namun hanya beberapa kali sahaja kami terserempak dalam program anjuran PPD.



Dan kini........

Segalanya tinggal kenangan.  Nama Kak Chah tersenarai sebagai sahabat yang sama-sama berjuang di bidang pendidikan.  Kesungguhannya, kelincahannya, aktifnya, menyebabkan aku terasa benar kehilangannya walau kami jarang sangat bersua.  Malahan rakan karibku Kak Fadz turut terkejut dengan berita  pemergiannya.  Rupa-rupanya Kak Chah juga merupakan kawan baiknya.

Kak Chah...... semoga bahagia di taman barzakh, mudah-mudahan berpanjangan hingga ke jannah.  

KAK CHAH DALAM KENANGAN

7 comments:

  1. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya n ditempatkan dikalangan para solohin. Aamiin. Sy pon 1 batch dgn nya... cuma opsyen yg berlainan. Sama2 Kelab kadet puteri. Tinggal kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, semoga kak chah berbahagia di sana.

      Delete
  2. Moga tenang di sana. Buat sahabatku Sulaiman, bertabahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran buat Cikgu Sulaiman. Allah meminjamkan seorang isteri yang baik pekerti dan mulia kerjayanya. Moga perginya dlm redho Allah.
      Alhamdulillah.....

      Delete
  3. 2 3 warga sksm telah pergi meninggalkan kita.Moga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete