Jumaat, 2 April 2021

BILA KEJADIANNYA?

 PERKATAAN "BILA KEJADIANNYA?"  ...... mengingatkan aku kepada Kak Nani.  


Melewati saat-saat begini ..... kenangan di sekolah lama mengusik jiwa.  Kak Nanilah perintis kepada kata-kata ini.  Apabila ada mesyuarat atau taklimat sama ada di dewan (sebenarnya hanya tiga kelas yang dibuka untuk dijadikan dewan) atau di makmal komputer, perkataan ini kadang-kadang terpacul dari bibir Kak Nani.

Keadaan akan menjadi riuh seketika.  Tumpuan majlis atau mesyuarat akan beralih kepada Kak Nani.  Seolah-olah perkataan itu menjadi trade-mark Kak Nani.  Sekiranya Kak Nani tiada, seakan sunyi dan kurang ceria mesyuarat atau taklimat yang diadakan.  



Gambar kenangan Kak Nani (bertudung coklat)

Semoga Kak Nani sentiasa sihat di samping keluarga tercinta, dan dapat meneruskan khidmat terbaik untuk anak didik SK Lekir.