"Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat."
1. Orang yang berakal : Berkawan dengan orang yang jahil akan
menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya : Elakkan bersahabat dengan
orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan
mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh : Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana
ianya akan sentiasa mengekalkan dosa besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih sesuatu perkara
yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan
orang yang sebegini, ia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya : Janganlah suka berkawan dengan
orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat
dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada
kebinasaan dunia.
(kredit to: ayid, copenhagen)
Oleh itu buatlah pilihan yang tepat. Memilih sahabat perlu mengikut garis
panduan yang dibenarkan menurut Islam. Namun perlu diingat bahawa
kita dijadikan bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk saling kenal-
menganal. Jangan kita hanya berkawan dan bersahabat dengan yang
sebangsa dengan kita sahaja, Rasulullah SAW tidak mengajar kita
sedemikian! Kita diberi akal untuk berfikir, maka fikirkanlah. Tepuk dada,
tanya iman.