Semua orang ingin bahagia. Ada yang mengatakan mereka bahagia jika memiliki wang berjuta. Tidak kurang juga merasa bahagia jika memiliki isteri yang cantik jelita atau suami yang tampan bergaya. Malah ada yang bahagia dengan mempunyai rumah besar dan kereta mewah.
Namun ada di kalangan manusia yang tidak bahagia walaupun memiliki wang berjuta, isteri yang rupawanm suami yang 'handsome' serta harta yang melimpah ruah. Mengapa??? Seringkali juga kita dengar ada yang mengeluh walaupun punya banyak wang. Hidup sentiasa di dalam ketakutan. Bimbang menghantui diri kerana risau perompak atau pencuri sering mengintai-ngintai lokasi rumah mereka. Sesungguhnya hati tak pernah tenang. Amat susah hati sekiranya terpaksa meninggalkan rumah yang serba canggih dan mewah walau dalam tempoh masa sebentar cuma. Terlalu bimbang pencuri bermaharajalela di dalam rumah sekiranya rumah itu berjaya dipecah masuk! Maka dengan itu rumah mewah begini biasanya perlu dipersiapkan dengan 'alarm' dan 'cctv'.
Tidak kurang juga yang ketakutan akan kehilangan isteri yang cantik jelita. Selalu dikejar rasa cemburu buta yang tidak ketahuan hujung pangkalnya. Amat risau jika ada yang menjeling pandang pada isteri yang tersayang. Begitu tertekan jika ada yang terpikat dengan suami yang kacak. Silap-silap nanti........ tak pasal-pasal 'peperangan' kecil meledak!
Jadi......apalah gunanya semua kemewahan itu jika ia lebih mendorong kita menjadi tidak tenteram. Dengan kesenangan yang dimiliki itu membawa seribu satu macam stress atau tekanan pada diri. Lantaran akhirnya menjadikan diri kita dalam kemurungan walaupun tampak segalanya ada.
Oleh itu berbaliklah kita kepada Allah Yang Maha Mencipta. Sesungguhnya semua itu adalah milikNYA jua. Tidak satupun milik kita. Memang semua itu Allah sediakan bagi mereka yang berusaha. Sesiapa yang berusaha, insyaAllah dia akan berjaya. Itu janji Allah!!! Cuma perlu diingat bahawa semua itu Allah yang beri. Tidak mustahil DIA akan tarik semula bila-bila masa. Maka sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran atas nikmat dan kelebihan yang dikurniakanNYA kepada kita. Semata-mata pinjaman belaka. Sesungguhnya tidak ada satupun milik kita, hatta nyawa dan pernafasan ini pun Allah yang beri pada kita. Dan bila-bila masa Allah boleh menjemput kita pergi menemuiNYA.
Sesungguhnya dengan adanya ketenangan hati dan ketenteraman jiwa, maka kita insyaAllah akan beroleh kebahagiaan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan