KEBETULAN semalam aku sempat berbicara dengan anak bujangku tika berkunjung ke sekolahnya. Sementara menantikan adiknya yang sedang menduduki ujian di dewan, kami berbual panjang.
Bicara kami menyentuh sedikit tentang minuman. "Angah tak minum ais," ujarnya.
"Kenapa, angah? Dah lama ke angah tak minum?" bertalu pertanyaanku kepadanya. Tak perasan aku tentang perubahannya, dan sejak bila???? Aku mencungkil rahsia di sebalik perkara ini. Ringkas dan mudah jawapannya.
"Otak jadi beku..." katanya, mudah untuk kufahami. Namun aku ingin cuba mendapatkan maklumat tentangnya nanti. Menurut angah, ada sekolah yang tidak membenarkan pelajarnya mengambil ais sebagai minuman. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Orang tua-tua pun lebih suka mengambil air suam atau air masak sahaja sebagai minuman sebagai menjaga kesihatan. Mengapa tidak kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan