Allahurobbi......terkesima aku......
.
.
.
.
.
.
.
.
Kemudian daripada itu.......... setiap group yang kusertai membawa khabar yang sama.......langsung ku 'delete' semua khabar itu. Hanya kutinggalkan di dalam satu 'group' sahaja. Di ruang hati bertenggek rasa bimbang berbaur sedih.
Tatkala benteng pertahanan utama didapati positif covid19 ...... ..aku mula terkenangkan sahabat yang berjuang di medan itu. Pada Doktor Azizul, pada Doktor Fadhilah........ Juga pada Doktor Anushree, yang merupakan bekas muridku di SK Sungai Wangi suatu ketika dahulu.
Meskipun bukan nama-nama ini yang disebutkan....... yang terbabit adalah sahabat atau ahli keluarga HSM juga. Yang bertungkus lumus berganding bahu dan saling bekerjasama dalam apa jua keadaan. Sekalung tahniah untuk mereka, hero yang tidak didendang!!!
Ya Allah, kami mohon pada-Mu..............
Betapa kepayahan itu telah mereka lalui
Demi mereka-mereka yang memerlukan
Betapa kesulitan itu redho diterima
Demi amanah yang digalas
Betapa kesusahan itu rela dihadam sama
Hingga ada hati yang dirundung sedih ....... ditinggalkan
Acapkali keletihan melanda
Kepenatan menghantui
Namun kewajipan jadi keutamaan
Jangan jatuh dan mengalah...
Kami tetap mendoakan yang terbaik buat anda semua
Ya Allah Ya Robbi.....
Berikanlah kekuatan
Kurniakanlah kesabaran
Anugerahkanlah kesembuhan
Belas kasih dan rahmat-Mu amat kami dambakan
12.25 am
25.03.2020
ktb7 lekir
Rabu, 25 Mac 2020
Isnin, 16 Disember 2019
SEMALAM DI PLP, LEKIR
Semalam yang berlalu membawa seribu kenangan terindah. Pada persahabatan yang baru berputik. Pada ilmu yang baru berbunga. Pada cinta mula memekar.......terbina.
Terima kasih semua...
pada yang tua
yang sebaya
yang muda
yang sudi hadir
yang sudi menghantar
yang sudi berkongsi cerita
Terima kasih buat orang hebat ini.......
pada Cekli Zali
pada En Hashim Osman
pada Pn Hayati Md Desa
pada Pn Norehan Muhammad
pada Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin
....mohon halalkan ilmu yang kami kecapi
Terima kasih juga......
'team' sahabat dengan usaha jitu
'staf ' PLP yang sedia membantu
'CMK' bersama 'special menu'
.....bakal menjadi kenangan abadi
.....terpahat dalam memori
ida a.z.
ktb7 lekiyour
16122019
Rabu, 11 Disember 2019
SENYUMMU TETAP SEPERTI DULU
lewat petang tadi.....
lukisan wajahnya terhidang depan mata
dan menjadi hidangan kami semua
sore tadi juga.....
terungkap garis-garis duka dan hampa
kecewa bersama angin resah
yang menyelinap di segenap rongga
telah lama menyimpan luka
penuh parut berserakan
namun senyum itu tetap seperti dulu...
mencerminkan riang seorang insan
anugerah dari Tuhan
buat bonda yang penuh kesabaran
dan ayahanda yang penuh ketabahan
meniti musim-musim mendatang
tanpa putus berharap dari kasih-Mu
disulam syukur dengan ujian yang bertamu
senyumanmu masih seperti dulu...
sesekali bertenggek jua sayu itu
10122019
pondokpolislekir
senyumanmu masih seperti dulu...
sesekali bertenggek jua sayu itu
10122019
pondokpolislekir
Langgan:
Catatan (Atom)