Kasih yang kian lama kian indah.....
Andaikata beginilah kita dalam sisa-sisa usia mendatang, sedia berkongsi susah senang bersama, dengan menaruh harapan mendapat kasihNYA di akhirat nanti..... alangkah bahagianya. Setia bersama mengharungi perjalanan hidup ini bersama walau beribu mehnah yang datang menjelma.....alhamdulillah.
Namun itu semua memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Menuntut agar kita sentiasa bergantung harap kepada Allah semata. Jua tabah mengharungi tribulasi yang mungkin tiba. Jadikanlah doa itu sebagai pengiring usaha murni kita. Kerana sesungguhnya, doa itu senjata orang mukmin. Mudah-mudahan bahagia di sini... maka bahagialah juga kita di akhirat sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan