![]() |
kasih ibu membawa ke syurga tanpa ibu siapalah kita |
Anak seluang terenang-renang,
Di balik batu mencari makan;
Budimu ibu tetap kukenang,
Walau jauh nun di rantauan.
Rintik berketak pinggir halaman,
Kokokan Jalak sahut-sahutan;
Wang berjuta bukan nilaian,
Pengorbanan ibu segar di ingatan,
Asam pauh rasanya masam,
Ditumbuk mesra sambal belacan;
Leteran ibu tak pernah padam,
Pelbagai nasihat buat bekalan.
Tanam melur tepi perigi,
Harum baunya memikat hati;
Sabarnya ibu tiada terperi,
Kerenah anak sanggup hadapi.
Mekar mawar kuntum mewangi,
Tampak jelas celah rimbunan,
Susah payahnya pendam di hati,
Berbagai cabaran bukan halangan.
Lebat bunganya buah rambutan,
Berselang seli pokok pulasan;
Serangkum doa daku pohonkan,
Agar hidupmu dilimpahi keberkatan.
.
7 ulasan:
waah ....... nak copy untuk ibu saya lah
silakan...... mudah-mudahan sama-sama kita menghargai kasih seorang ibu yg tiada tolok bandingnya.
sye akan syg ibu sye smpai sye ke akhir hayat
saya pun sama jugak.
Terima kasih kerana konsikannya..:D
saya pon sama jugak...hehehe...
same..same...
Catat Ulasan