Isnin, 9 Jun 2014
HARI IBU
Kau sinar rambulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya tiada ternilaikan
Oh mama....... oh mamaku
Tiada cinta yang suci setulus cintamu
Kusuntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
Begitulah bait-bait senikata lagu dendangan Sharifah Aini yang masih kuingat lagi. Dalam kesibukan orang menyebut tentang hari ibu, ada yang langsung tidak mengendahkan tentang tarikh tersebut. Bagi mereka tidak ada khas hari ibu dalam dairi hidup mereka. Bagi mereka setiap hari adalah hari ibu. Bagi yang mengerti, tidak kira masa dan apa waktunya....... ibu tetap di hati mereka.
Memang tidak dinafikan bahawa ibu memainkan peranan penting dalam memberi didikan untuk anak-anak. Ibu adalah guru nombor satu. Ibu yang penuh kasih sayang terhadap anaknya tidak akan meninggalkan anaknya sendirian. Seorang ibu mampu menjaga anaknya yang ramai. Namun anak yang ramai itu belum pasti mampu menjaga ibu yang seorang!
Ibu yang sanggup menemani dan berkongsi masalah bersama anaknya, sedia mendengar luahan rintihan hati anaknya, mampu memujuk rajukan anaknya, malah sedia meluangkan masa untuk anak-anaknya tanpa mengira masa dan ketika............... menunjukkan betapa prihatin dan sayangnya kepada amanah yang diberi. Betapa besar pengorbanannya.
Kalau boleh berfacebook dengan kawan-kawan, bermesej dengan rakan-rakan. kenapa tidak dengan ibu kita? Dengan orang lain kita ada masa, kenapa tiada masa dengan ibu kita ? TANPA IBU SIAPALAH KITA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan