TENTU SEMUA ORANG SUKA LIHAT FOTO INI.....
Terjumpa di facebook...... izinkan saya berkongsi gambar adik comel ini. Terima kasih kepada tuan empunya foto ini. Suka sangat-sangat melihatnya!!!
Subhanallah.... sungguh indah ciptaan Allah. Sebaik-baik wanita itu ialah wanita solehah. Namun untuk mencapai semua itu, ia memerlukan hasil didikan dan bimbingan ayahbonda. Ayahbondalah yang berusaha mencorakkan anak itu mengikut acuan pilihan hati di samping mengiringinya dengan doa dan tawakkal.
Bukan satu perkara mudah untuk memberi didikan yang sempurna untuk anugerah Allah ini. Terkadang kesabaran turut tergugat dek kerenah anak-anak lebih-lebih lagi kiranya ayahbonda dalam keadaan keletihan pulang dari kerja (bagi mereka yang sama-sama bekerja). Namun bagi surirumah sepenuh masa...... sememang tugasnya 100% berhadapan dengan anak-anak di rumah, sudah pasti kekadang tak menang tangan berkejar dan memerhati mereka. Hingga kekadang kepala jadi pusing!!!
Namun Rasulullah SAW mengajar kita untuk mengasihi yang muda. Bijak menjadikan mereka 'orang tawanan', sedia memberi garis panduan dengan penuh hikmah selaras dengan contoh yang baginda tunjukkan. Sesungguhnya pada diri baginda itu adalah contoh ikutan terbaik buat kita semua. Teladanilah bagaimana Rasulullah SAW mendidik anak, malah cucu baginda.
Dalam fasa ke2 pula jadikan mereka sebagai 'kawan' kita. Sekiranya ayahbonda memberikan yang terbaik, juga mendoakan yang terbaik dan didikan yang terbaik berpandukan Al Quran dan sunnah Rasulullah.... insyaAllah bakal lahirlah pejuang dan pembela agama, yang turut sama memartabat dan meletakkan Islam itu betul pada tempatnya. Dan akhirnya mudah-mudahan anak itulah yang bakal mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur nanti. Dan amat diharapkan agar dialah juga menjadi peneman kita di syurga abadi insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan