Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak ketahui tentang tembikai. Fakta menarik tentang tembikai ialah ia merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi bahawa Aisyah r.a. berkata, "Rasulullah pernah makan buah tembkai bersama buah tamar basah." Anas bin Malik pula menceritakan , "Aku melihat Rasulullah SAW makan tembikai dan tamar." (Riwayat Tirmizi). Tembikai dapat mencegah pelbagai jenis penyakit. Ini bertepatan dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Makan tembikai sebelum makan makanan berat dapat mencuci perut dan penyakitnya."
1. PADAT DENGAN ANTIOKSIDAN
Tembikai padat dengan antioksidan semulajadi. Tembikai merupakan sumber vitamin C dan vitamin A yang baik serta pekat dengan beta karotena. Antioksidan ini bergerak melalui badan dan meneutralkan radikal bebas.
Radikal bebas ialah bahan di dalam tubuh yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Ia boleh mengoksidakan kolesterol menyebabkan ia melekat di dinding pembuluh darah yang akhirnya membawa kepada serangan jantung dan strok. Ia juga boleh menyebabkan serangan lelah yang teruk.
Radikal bebas juga boleh meningkatkan inflamasi di kalangan penghidap artritis. Ia juga boleh merosakkan sel dinding usus dan menukarnya kepada sel kanser. Vitamin C dan beta karotena boleh menghalangnya. Kajian saintifik pula menunjukkan pengambilan vitamin C dan karotena yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser usus, asma dan simptom artritis.
2. MEMELIHARA JANTUNG
Likopena yang merupakan sejenis karotenoid yang padat di dalam tembikai mampu memperbaiki fungsi kardiak. Beta karotena yang terkenal dengan sifat antioksidan dan anti penuaannya amat baik untuk kesihatan jantung. Ia juga mencegah masalah kardiak yang berkait dengan penuaan. Serat, vitamin C, karotenoid dan potasium tembikai membantu mengurangkan kolesterol, justeru mampu menyelamatkan jantung. Potasium pula mengurangkan risiko serangan jantung.
3. KENCING MANIS
Penghidap kencing manis sering berasa lapar kerana mereka tidak boleh mengambil makanan ruji dengan banyak kerana memberi kesan buruk terhadap penyakit tersebut. Tembikai boleh dijadikan alternatif bagi mengenyangkan perut. Air tembikai yang banyak boleh mengatasi rasa lapar. Kandungan mineral tembikai iaitu magnesium dan potasium boleh membantu melaraskan fungsi insulin dalam tubuh dan merendahkan kandungan gula darah. Selain itu, arginina iaitu satu lagi komponen di dalam tembikai berkesan meningkatkan impak insulin ke atas darah.
4. DARAH TINGGI
Potasium dan magnesium tadi sangat baik bagi menurunkan tekanan darah. Karotenoidnya pula menghalang pengerasan dinding-dinding arteri dan vena (salur darah), sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah.
5. MEMELIHARA GINJAL
Potasium di dalam tembikai membantu membersihkan mendapan toksik di dalam ginjal (buah pinggang). Ia juga sangat membantu mengurangkan kepekatan asid urik di dalam datah, justeru boleh mengelakkan kerosakan ginjal. Dengan memakan tembikai, ia menggalakkan kencing yang kerap. Kencing yang kerap akan membersihkan ginjal. Antioksidan tembikai memastikan ginjal sentiasa berkeadaan baik.
6. MACULAR DEGENERATION
Tiga sajian buah-buahan sehati didapati dapat mengurangkan risiko macular degeneration iaitu penyakit mata yang berkait dengan peningkatan usia (ARMD). Kajian mendapati, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin antioksidan seperti vitamin A, C dan E, serta karotenoid dapat mengurangkan kerosakan mata yang teruk seperti hilang penglihatan.
(Rujukan : MAJALAH ANIS, Ogos 2012)
2 ulasan:
assalmualaikum cikgu
sekadar bertanya pasal buah tembikai
ade y kate buah tembikai tidak wujud dizaman Rasulullah..
dan hadis yg ade mgkin xsoheh
ape pendapat cikgu..
Waalaikumussalam wbt.
Mungkin kita boleh berkongsi di sini
Pada pendapat saya perihal tembikai ini adalah hak Allah..... sesungguhnya Allah boleh saja mengadakan yang tiada dan boleh melakukan sebaliknya
Kebesaran kekuatan dan kehebatan Allah tidak boleh kita pertikaikan
Apa sahaja yang Allah kehendaki, ia boleh terjadi, terserah padaNYA
Cuma saya berpegang pada yg terkandung dalam surah Yaasin....... kun faya kun.....
Catat Ulasan