Sebelum sampai ke penghujung persekolahan, mereka yang bergelar pendidik sudah pasti paling sibuk. Semuanya bermula tika berakhirnya peperiksaan akhir tahun.
Bermula dengan menyemak kertas jawapan murid, memasukkan markah, seterusnya menentukan kedudukan. Sehubungan dengan itu persiapan untuk Hari Anugerah pun bermula. Bagaikan kenduri besar lagaknya. Selesai sahaja agihan tugas diberi, semua pantas bekerja dalam satu pasukan.
Jika bukan bergelar 'guru'....... barangkali mungkin tidak tahu bagaimana mereka bekerja. Semakin hampir saat percutian...... semakin banyak tugas yang perlu dibereskan. Kekadang, sakit demam yang menjengah diri, dilawan jua. Anak-anak wajar diraikan dalam majlis yang istimewa penuh ceria. Persediaan perlu rapi. Terasa masa amat berharga!
Kalau ada yang menyatakan 'guru' itu semakin gembira bila cuti hampir tiba.... cubalah jenguk mereka di sekolah! Kalau tidak pun, perhatikan dari jauh. Paling tidak pun, sesekali bertanya khabarlah jika jiran kita merupakan seorang guru.
Dan waktu cuti belum tentu mereka berehat seratus persen! Ini memang kenyataan. Barangkali mungkin ada yang terlibat dengan kursus, atau mungkin sibuk dengan kelas tambahan. Malah ada yang membuat persediaan awal melatih pasukan sekolah. Tidak kurang juga yang mengemas atau mencantikkan kelas agar lebih kondusif untuk sesi PdP akan datang. Giliran bertugas semasa cuti sudah memang sedia menanti.
Bagi mereka yang sambung belajar, sudah tentu akan memberi komitmen terhadap kuliah dan tugasan yang diberikan di samping tugasan dan amanah di sekolah yang perlu diutamakan.
Pendek kata, persediaan untuk tahun hadapan....... dalam cuti ini jugalah perlu difikirkan. Dalam berkira-kira mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik, bebanan tugas dan kekangan masa memang cukup dirasai. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran buat semua guru dalam mereka meniti laluan hidup ini.
Khas buat semua.................. baik yang bergelar 'cikgu', 'teacher', 'sir', 'ustaz', 'ustazah'........baik yang mengajar di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah pondok, madrasah, dan yang sewaktu dengannya, sekalung TAHNIAH untuk anda semua! Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah.
1 ulasan:
Terlalu banyak bebanan yang perlu cikgu tanggung. Tugas guru-guru kini nampaknya lebih banyak kepada kerja-kerja perkeranian. Semuanya berkaitan dengan pelbagai 'E'......... Anda semua hebat. Namun tiada yang mendengar keluhan di hati anda.
Catat Ulasan