Terasa pantasnya masa berlalu....... kini Ramadhan kian hampir ke pertengahannya. Hingga ke saat dan detik ini terasa tidak banyak yang mampu kukumpulkan di Ramadhan kali ini.
Namun terima kasih Ya Rab, sedikit ujian-Mu menyedarkan aku yang kerdil ini. Dalam nikmat kesihatan yang sedikit terganggu, namun syukur kupanjatkan kerana aku mampu melewati detik-detik Ramadhan berkat kasih-Mu jua.
Kumohon pada-Mu, agar diberi kekuatan dan istiqomah dalam menempuh separuh lagi Ramadhan yang berbaki. Kurniakan aku kesungguhan, ketabahan, kecekalan dan hilangkanlah rasa lemah dan putus asa. Sesungguhnya Ya Rab, tak terhitung rahmat-Mu dan kasih-Mu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan