Salma binti Sakhr merupakan kaum wanita dari Bani Taim, juga wanita terawal memeluk Islam. Nama penuh wanita ini ialah Ummu Khair Salma binti Sakhr Ibnu Amir Ibnu Ka'ab Ibnu Sa'ad Ibnu Taim Ibnu Murrah. Beliau mengumpul sifat-sifat terpuji, dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupannya.
Beliau merupakan ibu kepada khalifah Abu Bakar ash-Shiddiq. Beliau sangat berbakti kepada Rasulullah SAW. Rasulullah adalah kawan bermain anaknya, iaitu Abu Bakar ash-Shiddiq. Suaminya bernama Utsman Abu Qahafah, seorang sahabat memeluk Islam pada hari penaklukan kota Mekah.
Ummu Khair Salma binti Sakhr memeluk Islam sejak di rumah Arqam Ibnu Abu Arqam di Mekah dan membaiah Rasulullah SAW. Keislaman bondanya ini menggembirakan hati Abu Bakar ash-Shiddiq. Dan ketika Rasulullah SAW menakluk kota Mekah, Allah telah membuka hati ayahnya pula iaitu Abu Qahafah memeluk Islam. Tiada orang lain daripada golongan Muhajirin selain Abu Bakar yang kedua orang tuanya memeluk Islam.
Ummu Khair bersama yang lainnya berhijrah ke Madinah agar dapat beribadah dengan tenang kepada Allah setelah diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Dia telah menyaksikan semua peristiwa pada zaman Rasulullah. Baginda meninggal dunia dalam keadaan redho kepada Ummu Khair. Setelah itu kaum Muslimin membaiat Abu Bakar sebagai khalifah Rasulullah SAW.Allah memuliakan Abu Bakar ash-Shiddiq dengan keislaman kedua orang tuanya, anak-anak dan cucu-cucunya. Ketika Abu Bakar meninggal dunia, kedua orang tuanya mewarisi segala hartanya. Namun Abu Qahafah mengembalikan harta warisan tersebut kepada anak-anak Abu Bakar ash-Shiddiq.
Ummu Khair banyak berbuat baik dalam kehidupannya sehinggalah dia kembali kepada Allah. Beliau meninggal dunia setelah beberapa bulan anaknya Abu Bakar meninggal terlebih dahulu. Semoga Ummu Khair di tempatkan di dalam syurga-Nya yang luas. Amiiin.
Sumber Rujukan : Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah
Terjemahan oleh : Ustaz Johari Yaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan