Sebaik-baik kami tiba di situ, kak alang memakir kereta agak jauh. Barangkali mungkin mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kelihatan ramai yang singgah makan di situ. Barangkali ada juga yang baru pulang dari kerja.
Kami melewati beberapa buah meja makan yang terdiri dari pelanggan lelaki. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk makan nasi sahaja. Di bahagian dalam pun sama, ramai lelaki kulihat sedang makan. Cuma ada kelibat seorang wanita sahaja yang aku nampak.
Kami mengambil posisi duduk di tepi, saling berhadapan. Biasanya memang begitu. Kami bukanlah selalu makan di luar. Sekiranya sesak sahaja atau dah terpaksa..... barulah mencari alternatif di luar!
Namun kedai atau tempat makan yang menjadi pilihan ialah yang utamanya terjaga kebersihan dan kehalalannya. Pengusaha dan pekerjanya terdiri dari kalangan mereka yang seagama dengan kami. Oleh kerana kami bukan jenis yang rasis, tidak menjadi hal kalau mereka bukan orang Melayu.
Restoran ini menurut suamiku sentiasa mengekalkan reputasinya. Mendapat pengiktirafan dari jabatan Agama Islam. Pengunjung juga terdiri dari berbilang bangsa. Banyak pilihan makanan di situ. Manakala harga makanannya pula berpatutan.
Sebaik-baik selesai makan, aku bangun untuk membasuh tangan. Bila berpatah balik ke kerusiku, kelihatan lelaki di meja sebelah mula menyalakan rokoknya. Maka berkepullah asap mencemar ruang udara. Aku segera menekup mulut dan hidungku dengan sapu tangan. Aku perasan lelaki itu menoleh padaku. Namun aku buat tak tahu sahaja. Malah tidak menurunkan sapu tangan tadi.
Kak Alang yang berniqab barangkali lebih selamat dariku. Sambil menunggu dia menghabisi makanannya, mataku tertancap pada seorang lelaki di kaunter yang sedang membuat bayaran. Ada isterinya di sisi. Bungkusan rokok di tangannya diketuk-ketuk. Barangkali kotak baru yang bakal dibuka....
Dan selepas itu seorang lagi lelaki yang baru bangun meninggalkan meja makan menghidupkan api rokoknya....... Allahu robbi..... agaknya itulah pencuci mulut mereka!!!
Bukankah restoran itu tempat awam........ Peraturan merokok telah diwartakan oleh kementerian kesihatan. Aku pernah terbaca risalah mengenainya di klinik kesihatan.
Nikmat makan makanan berzat dan seimbang sebelumnya telah dicemari dengan tambahan asap rokok yang mengandungi banyak unsur yang memudaratkan kesihatan. Hebat betul manusia ini.
Teringat pula aku pada bulan Ramadhan....... mereka yang merokok boleh tahan pula tak menyedut zat rokok dalam waktu begitu lama. Tapi sebaik-baik masuk waktu berbuka........ di sebelah pinggan nasi dah ada kotak rokok menanti! Tahu di kotak rokok ada tanda amaran dari kementerian kesihatan. Malahan ada gambarnya sekali..... Ada mereka kisah???
Kami meninggalkan restoran setelah membuat bayaran di kaunter. Lupa pula aku meninjau-ninjau kalau-kalau ada papan tanda 'dilarang merokok' di situ. Hatiku berat menyatakan tiada tanda larangan pun.
Dan aku berhajat untuk singgah lagi di restoran itu untuk menghulurkan surat 'komen' aku terhadap sikap pelanggan dan sedikit teguran kepada pengusaha restoran itu agar lebih rela menjaga kesihatan pengunjung yang pelbagai citarasa daripada menjaga hati pelanggan yang menjadikan rokok sebagai 'pencuci mulut' mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan