Sabtu, 14 Oktober 2023

TERLAJAK

 TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

TERLAJAK laris....hebat bisnessnya

Bujang TERLAJAK... apa nak dikata


    Berhati-hatilah kita kerana hanya terlajak kata yang akan memburukkan keadaan. Dengan terlajak kata itu kita mungkin akan melukakan hati dan perasaan orang lain. Dengan yang demikian, banyak-banyaklah istighfar apabila kita mula berasa marah. Kawal daya fikir kita sebelum meluncur kata-kata yang kurang enak didengar.

    Kita yang terlepas cakap mungkin berasa puas hati kerana dapat menghamburkan apa yang terkandung di dalam hati kita. Waktu itu kita merasakan bahawa kita berada di pihak yang benar. KItalah juara.

    Tidak ada gunanya bertekak yang menambah keruh suasana. Walaupun kita merasakan kita menang, tapi ada hati yang terluka. Ada perasaan yang tersentuh. Cepat-cepatlah meminta maaf. Tidak ada ruginya kita merendah diri mengakui kesilapan kita.

    Begitulah betapa payahnya kita hendak menjaga mulut dan lidah yang satu ini. Muhasabahlah diri, belajarlah untuk lebih bekerja daripada lebih berkata-kata. 




Tiada ulasan: