(kredit buat pemilik video ini)
Usai menyediakan makan tengah hari, aku melayari internet. Awal pula aku ke dapur hari ini. Jam 3.30 petang aku harus menghadiri mesyuarat. Jam menunjukkan 12.00 tengah hari. Semuanya telah selesai. Alhamdulillah.
Rezeki pula bertemu video ini. Terima kasih kepada pemiliknya. Menarik sekali. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT. Meneliti kesungguhan insan ini dan menghadam kisahnya, terasa terpukul pula. Ramai yang dilahirkan dalam keluarga yang asalnya memang Islam, dipendekkan cerita... Islam baka namanya. Namun tidak ada kesungguhan untuk mengamalkan cara hidup Islam. Itulah yang merisaukan kita.
Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang kembali kepada fitrah. Bagi yang memang dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam, amalkanlah cara hidup Islam. Jangan hanya Islam pada nama sahaja. Peraturan-peraturan dan hukum-hakam wajib kita sama-sama ikuti. Bersyukurlah kita dilahirkan Islam. Terima kasih kepada ibu ayah, datuk nenek serta moyang kita yang berpegang teguh dengan hukum dan peraturan tersebut. Bersyukurlah kita yang menjadikan Al Quran dan sunnah sebagai panduan dalam kehidupan.
Kita adalah khalifah di muka bumi ini. Kewajipan kita ialah berdakwah, perlu menyampaikan Islam kepada orang lain. Kalau kita tidak mampu untuk berceramah seperti asatizah yang ada di luar sana, kita boleh tunjukkan cara hidup Islam kita melalui kelakuan ataupun akhlak kita. Perbuatan baik yang kita zahirkan mungkin menjadi asbab orang mendekati agama yang kita anuti. Siapa sangka, kan?
Yang penting usaha, yang memberi hidayah itu ialah Allah. Doakan yang terbaik buat sahabat kita di luar sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan