" Assalamualaikum cikgu". Aku ditegur oleh seseorang. Langkahan kakiku terhenti. Aku menoleh ke arahnya sambil menjawab salam tersebut.
" Kamu siapa? " soalku spontan.
" Cikgu pernah mengajar di Sungai Wangi, kan? ". Soalanku dijawab dengan soalan pula.
" Ya, betul " aku menjawab sambil mengangguk.
" Saya Asri," jawabnya jujur. Jenuh aku mengingatkan nama itu, namun aku gagal. Sudah hampir dua puluh tahun aku meninggalkan sekolah itu. Sudah berapa ramai murid yang kubimbing, kuajar dan kudidik. Namun tak semua yang mampu kuingat.
" Maaflah..... cikgu tak ingat......" ujarku perlahan. " Terima kasih kerana menegur cikgu," sambungku lagi. Dia hanya senyum.
" Cikgu pergi dulu, ada urusan di pejabat," Aku melangkah meninggalkannya namun masih cuba mengingati siapakah dia....... ternyata aku tetap gagal. Rupa-rupanya dia datang bersama rakan-rakan sekerjanya untuk memasang alat hawa dingin di bilik guru. Semoga dia beroleh rezeki yang berkat dengan pekerjaan yang halal. Terima kasih kerana masih mengingati cikgu......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan