Dah lama aku perhatikan iklan ini..... Kehebatan yang nyata!
"Minum milo anda jadi sihat dan kuat". Betul ke?
Pernah sekali aku diberitahu oleh rakan sekerja bahawa kandungan milo itu bukanlah bagus sangat. Ada campuran tanah di dalamnya. Aku jadi terkesima. Malas pula aku menyelidik. Ah..... biar sahajalah...
Dulu memang aku suka minum milo panas atau suam ketika di kantin sekolah. Semakin lama aku makin menjauh dari meminum minuman tersebut. Bukan kerana terpengaruh dengan kata-kata kawanku itu. Semuanya kerana menjaga kesihatan.
Sudahlah milo itu manis. Ditambah lagi dengan susu pekat manis! Bertambah-tambah manis rasanya.
"Kalau kacau air tu jangan sampai ke dasar. Jangan kacau semua. Tak terminum nanti...." tegur suamiku. Memang kami sekeluarga jenis yang tak minum yang manis sangat. Sekadar manis-manis buah sahaja setiap bancuhan minuman yang dibuat. Tetapi kalau minum di luar, aku biasanya lebih minat minum air suam sahaja.
Satu fakta menarik ingin kukongsikan ialah perkataan MILO itu sendiri. Kenapa sejak kebelakangan ini ia disebut MAILO? Pelik sangat....... sebutannya menyalahi ejaan. Di kelas aku mengajar murid-muridku ejaan MILO, bunyinya MILO. Tapi di kaca TV, ejaan MILO....... disebut MAILO...
Jadi sekarang .........siapa perosak bahasa???????????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan