Sebaik-baik aku melangkah masuk ....... kelihatan masing-masing menghadap komputer. Aku pun tadi menghadap komputer juga. Letih mataku berlama-lama. Sesekali aku ke pejabat, bertemu yang berkenaan. Berhasrat mahu berbincang sesuatu.
Malangnya semua kulihat sibuk. Bila sudah di'klik'...... terpaksa menunggu. 'Loading' begitu punya lama...... akhirnya tak jadi juga. Terbit rasa kasihan di hatiku. Bukan sekadar pada rakan sekerja, malah pada diriku sendiri. Bekerja bagai ribut...... menguruskan pelbagai jenis 'e' .
Betullah apa yang kubaca dulu...... kenyataan seorang profesor terhadap tugas seorang 'guru' . Memang tidak dinafikan. Dan ia benar-benar menerbitkan stress dan fed-up!
Tapi apa yang berlaku sekarang? Keadaan seolah-olah menjadikan kita semakin jauh dari kasih Allah. Sudahlah di tempat kerja, kita bertugas. Balik ke rumah, masih lagi menghadap tugas yang sama. Kekadang lewat tidur...... bersengkang mata. Ada kalanya tidak teratur jadual kehidupan seperti dulu.
Sedangkan bagi pekerja lain, kerjanya habis di pejabat atau di tempat kerja sahaja. Nokhtah setakat itu. Tidak ada sambungan tugas pejabat di rumah. "Rumahku adalah Syurgaku".
Dan seratus persen hilang stressnya di tempat kerja. Tiada apa yang membebaninya tika di rumah. Syukur alhamdulillah.
Ya Allah, aku mohon perlindungan-Mu. Mohon permudahkan urusan kami. Mohon rahmat dan kasih sayang-Mu. Didiklah hati dan jiwa kami agar amat bergantung harap kepada-Mu. Dengan tugas bagaikan ribut ini, ia tidak sedikitpun mengganggu ingatan kami pada-Mu. Dengan amanah yang dikendong ini, tidak sesekali anak-anak didik terabai.
Bak pepatah..... kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai....
Semoga kesabaran dan kekuatan sentiasa bertaut utuh dalam diri.
.....suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama
di situ kita lihat
bersinarnya hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan