Isnin, 2 Disember 2019

HARI YANG MURAM

Dua tiga group whatsapp membicarakan kes ini.  Bertalu-talu kami berbalas info.  Kesedihan mula bertenggek di ruang hati.......

Walaupun mereka yang menjadi mangsa tidak kukenali, hati terpanggil untuk mendapatkan penjelasan.  Ini adalah kerana salah seorang mangsa merupakan warga sekampung tempat tinggalku.  Sama lorongnya........Beringin 6........

Hati kian berteka teki..........meneka dalam kesamaran.....
Namun akhirnya terjawab jua persoalan dengan maklumat yang diperoleh daripada sahabatku Dayah yang bertugas di HSM.  Juga melalui rakan sekerjaku, Syikin.....yang amat mengenali mangsa yang merupakan jirannya.  Kedengaran sebak suara Syikin di hujung talian tika memaklumkan duduk perkara sebenar.  Kami berbicara seketika.  

Berita yang sahih menjelaskan bahawa seorang meninggal, manakala dua lagi cedera. Salah seorang yang cedera itulah anak jiranku, Kak Ros.

Foto yang dirakam dari pelbagai sudut memenuhi ruang whatsapp........ Dan dari celahan gambar kiriman itu, wajah mangsa yang disahkan meninggal turut diselitkan.  Memang aku tak mengenalinya.  Cantik orangnya. 

Ada beberapa orang dalam kalangan rakan sekerjaku mengenali mangsa.  Pandai menjahit tudung kata mereka.... malah memang ada yang pernah menempah tudung padanya.  

Sejurus kemudian berita terpampang jelas di  myMetro.  Kubaca dengan sedikit getar di jiwa.  Kepiluan meraja di hati........ kerjaya yang sama seperti kami.  Mereka adalah guru.  Dalam perjalanan ke tempat kursus, sedangkan di kala itu anak-anak murid bercuti.  Pemergianmu di pagi itu mengundang kedukaan.  Suasana tampak muram.

Kehilangan sebutir permata.........bersemadilah dikau di taman barzakh.......moga syurga menantimu....

Kepada sahabat-sahabatmu, didoakan agar segera sembuh....

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat buatmu......

Moga dikurniakan kesabaran dan ketabahan buat
suami tercinta dan permata hati bonda




1 ulasan:

Sabahan berkata...

Allahu Akbar...masih terasa sedih di hati mengingati allahyarhamah k.gee..berdebar2 hati ms tau yg terkorban adalah jiran k.ckin sbb sya xtau nama penuh arwah,cuma panggil k.gee saja..baru singgah rumah arwah amik tudung sblm cuti skolah tu...moga Allah merahmati allahyarhamah Ustzh Rogayah