Sabtu, 18 April 2020

TETAP DI INGATAN

Mendengar lagu ini................yang sekian lama tidak didengari.........sayu terasa.  

Tiga tahun kita bersama........1985/88.  Dan kini perkhidmatan kita telah tiga puluh tahun lebih.  Bermakna kita meninggalkan Tanjung Malim selama itulah usianya.

Namun tidak semuanya sama.  Ada yang berhenti awal, meninggalkan bidang pendidikan.  Ada juga yang bersara awal,,,,,,,,, Ada yang benar-benar bersara mengikut perjanjian dan tahap umur yang dipilih.  Terserah.

Ada yang masih guru biasa, ada yang menjadi Guru Kanan,  Guru Besar.  Malahan mengikut perkembangan terkini, ada yang menjawat jawatan di bahagian lain.  Tahniah semua!!!!!

Pilihan adalah berdasarkan minat dan kemahuan, mungkin juga keupayaan.  Kebolehan dan kekuatan turut memainkan peranan utama.  Itu memang tidak dinafikan.

Pernah sahabat di sekolah lama memaklumkan ingin 'berpatah balik' ke jawatan lama.  Ini kerana menurutnya tidak sanggup memegang jawatan terkini, kerana alasannya banyak kerja.  Stress katanya.  Terlalu banyak nak diuruskan.

Namun aku memberinya semangat, agar jangan menoleh ke belakang.  Teruskan melangkah ke hadapan.  Serta mohon kekuatan pada Allah, sesungguhnya kebergantungan kita hanya kepada-Nya. 

Didoakan agar semua sihat dianugerahkan Allah, hidup bahagia seisi keluarga.  Kiranya ada dalam kalangan sahabat yang telah meninggalkan kita, sama-sama kita hadiahkan Fatihah buat mereka.  Kalian tetap dalam ingatan.

4.36 ptg
19042020
ktb7, lekir

Tiada ulasan: