Rabu, 29 April 2020

Bersemadi di Taman Barzakh

Sebaik-baik selesai menekan butang send untuk menghantar ucapan Selamat Hari Lahir buat rakan maktabku dulu (Hasemah Shahidan)........tiba-tiba mesej Kak Im pula aku terima.

"Hari ini menerima khabar sahabat kita Hashimah Hashim telah kembali ke pangkuan Ilahi".......ungkapan awal Kak Im masuk di ruang mesej fb.  Allahurobbi....  nama yang seakan sama.  Aku baru sahaja menghantar kata-kata ucapan buat Hasemah.  Dan berita yang datang pula tentang Hashimah......innalillahiwainnailaihi rojiuun....

Ingatanku kembali pada raut wajahnya yang masih di ingatan.  Bukan wajah terkini.  Itulah wajah yang lebih tiga puluh tahun lalu.  Kak Syimah (panggilanku terhadapnya) tak jauh bezanya dengan usiaku.  Namun atas rasa hormat, aku memanggilnya dengan gelaran itu.

Kami sama sekelas.  Iaitu kelas A.  Kelas yang banyak kuntuman bunga daripada kumbang......😊😊😊.

Masih kuingat lagi......Kak Syimah rapat dengan KakAloyah.  Ke mana-mana biasanya berdua.  Seorang yang simple.  Dia memanggilku dengan panggilan " Akmar".    Ya Allah Ya Robbi...... macam terngiang-ngiang jer suaranya menyebut namaku.

Yang membuatkan kami rapat adalah kerana kami sama-sama belajar dalam kelas yang sama........selama tiga tahun di Tanjung Malim.  Dulu daerah batang Padang.  Sekarang dinamakan daerah Muallim.

Kami tak ramai, jadi memang rapat dalam melaksanakan aktiviti kelas.  Lebih-lebih lagi tika berkuliah.  Wajahnya bersahaja.  Relaks sahaja.  Nampak tenang sentiasa.  Tak pernah nampak stress. 

Khabar yang kuterima daripada Kak Im itu menggugat rasa ceriaku tiba-tiba.  Suasana mendung di luar rumah bagai sama merasai mendung di hati.  Dalam bulan Ramadan kau pergi Kak Syimah.....

Kata-kata akhir Kak Im dalam mesejnya...."Berehatlah dia di sana.  Kita juga akan menyusul nanti..".

Bersemadilah sahabat kami  Cikgu Hashimah Hashim di Taman Barzakh, di bulan mulia penuh barokah.  Kami semua juga bakal jenazah..... yang tahu tarikh dilahirkan,  tapi tidak tahu tarikh kematian.  Moga Allah menempatkanmu dalam golongan orang-orang yang beriman. 



Tiada ulasan: