Lagu rakyat ini terdapat dalam buku aktiviti jilid 2 tahun 2.
Berhadapan dengan anak-anak tahun dua yang seramai tujuh belas orang tu, menjadikan aku cukup menyenangi mereka. Namun apabila berlakunya penggiliran, terasa makin sedikit sangat yang berada di dalam kelas tersebut. Minggu pertama seramai 8 orang manakala minggu berikutnya 9 orang.
Kumpulan pertama lebih aktif berbanding yang kedua, namun semuanya lebih kurang sama pencapaiannya. Cuma tiga orang yang perlu lebih bimbingan.
Lagu tersebut mengandungi nasihat dan boleh dijadikan pedoman
Peram-peram pisang
pisang masak layu
jatuh dalam lubang
'sambo' bapak yu
Umbut-umbut 'nyor'
belalang kedek-kedek
siapa buat 'hingor'
'rontu' kena cubit
Memang cekap betul budak-budak ni menghafal seni kata lagu ni, terutama bahagian pantun di atas. Kenangan bersama mereka tersimpan dalam memori nan indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan