Apabila kami dihidangkan dengan menu nasi impit @ himpit, perkakas ini diletakkan sekali di atas meja. Mulalah teringat zaman kanak-kanak dulu. Benda ini ada di rumah emak. Tetapi entah ke mana 'menghilang'nya, tidak dapat dikesan.
Garpu kecil itulah yang diletakkan bersama-sama piring kecil. Jika hendak makan, boleh pilih warna pilihan. Rasanya manis sekali. Cuma aku tak mampu untuk menelan.... sedikit sahaja yang boleh melalui kerongkong ini. Sekadar dua tiga biji pun sudah mencukupi.
Di rumah Opah Itam aku meminta izin daripada Mak Ngah untuk mengambil gambar barangan lama ini buat kenangan. Manalah tahu kalau-kalau selepas ini kami tidak dapat melihatnya kembali. Gambar-gambar ini dirakam dengan menggunakan telefon bimbit sahaja. Bukannya ada kamera canggih pun.
Begitulah istimewanya jika kita balik kampung mengunjungi rumah orang lama. Semuanya masih seperti dulu. Tiba-tiba teringat pula aku kepada lagu Ramlah Ram...
Rumah lama tinggalan ayahanda
Bila aku pulang
Masih lagi terbayang lakumu..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan