Apa khabar Adam? Setelah lulus dalam ujian dalam erti kata menguasai kemahiran yang diajar...... jarang sekali kita bersua. Kekadang kelibatmu kelihatan dari jauh. Apabila sesekali kita terserempak, engkau akan mengucap salam seperti selalu dengan ungkapan yang kurang jelas didengar. Lantas berlalu pergi.....
Terkenang saat kita bersama. Di awal pertemuan engkau seringkali menerima teguran dari cikgu disebabkan tulisan yang agak sukar dibaca. Ejaan selalu sahaja salah. Sering mengambil mudah terhadap kerja sekolah yang diberi. Kekadang kerja tersebut tidak disiapkan di rumah disebabkan terlupa. Ada ketikanya siap tetapi tidak menepati saranan yang cikgu nyatakan. Ada sahaja perkataan yang disalin salah. Apabila diberi latihan ejaan untuk 10 perkataan, kebiasaannya engkau betul satu atau dua perkataan sahaja. Lebih malang lagi kekadang tidak ada satupun yang dieja dengan betul!!!
Namun menurut ibumu, kerja sekolah yang cikgu beri akan dibuat terlebih dahulu berbanding dengan kerja sekolah yang lain. Begitu prihatinnya engkau dengan tugas yang diamanahkan.
Dalam kekurangan yang ada, engkau tetap berusaha memperbaiki kelemahan diri. Latih tubi yang berterusan dan mungkin begitu memenatkan sanggup engkau hadapi. Biarpun sebutan amat payah untuk dibetulkan, namun cikgu amat menghargai usahamu. Dengan hanya memiliki deria pandang yang cuma sebelah sahaja....... engkau tidak pernah cikgu pinggirkan.
Ibumu sering mengadu dan berkongsi masalah tentangmu. Sesungguhnya ibu mana yang tidak ingin melihat anaknya berjaya? Di kelas cikgu membantu, di rumah pula ibumu itulah yang tidak putus-putus mendoakan, berusaha membantu dan mengusahakan apa yang terbaik buatmu.
Kini dikhabarkan oleh gurumu bahawa bacaanmu kian laju. Alhamdulillah ..... Biarpun sebutan tidak berapa jelas dan betul, kami selaku guru-guru amat memahami. Berlatihlah selalu Adam, walaupun cikgu tiada di sisi.
Cikgu mohonkan kemaafan kiranya sepanjang Adam belajar bersama cikgu, ada kalanya cikgu terkasar bahasa. Barangkali juga mungkin pernah menghukum Adam atas kesalahan yang dilakukan. Atau mungkin juga pernah meninggikan suara, menjegilkan mata, juga merenung dengan pandangan tajam sama ada secara sengaja atau tidak.
Mudah-mudahan Adam beroleh kejayaan yang membanggakan suatu hari nanti. Jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berada ditakuk lama. Berusaha dan teruslah berusaha, insyaAllah Adam boleh berjaya.
Sabtu, 9 Februari 2013
Ahad, 3 Februari 2013
SIFIR MUDAH
Kalau kita ingin bahagia, bahagiakanlah orang lain
Kalau kita ingin disayangi, sayangilah orang lain
Kalau ingin diri dihormati, maka hormatilah orang lain
......... begitu mudahnya memperoleh apa yang kita hajati
Namun hendaklah melakukannya dengan penuh sabar, penuh tabah dan dengan usaha dan istiqomah. Perjalanan hidup ini penuh dengan tipu daya syaitan. Terkadang kita leka, dan syaitan mengambil kesempatan itu untuk melunaskan hajatnya pula.
Allah SWT sentiasa memberi kesempatan dan peluang untuk kita berubah. Jua sentiasa membuka ruang dan pintu-pintu kemaafan. Betapa kasihnya DIA pada kita. Peluang keemasan yang masih berbaki sejajar dengan usia kita yang masih bersisa ini perlu kita rebut sebelum degupan jantung dan nadi kita sampai ke nokhtah yang terakhir.
Kalau orang bersalah pada kita, maafkanlah
Kiranya orang tak sengaja melukakan jiwa kita, ampunkanlah
Kiranya perbuatan mereka mengecilkan hati kita, berlapang dadalah
Belajarlah dari sejarah dan sirah Rasulullah SAW bagaimana sabarnya Nabi kekasih Allah. Walaupun kita insan biasa, sunnah baginda wajar dipelajari dan diamalkan demi cinta kita pada baginda. Biar banyaknya rintangan dan halangan menanti di hadapan sana, kita wajar mencuba. Siapakah yang layak menjadi contoh ikutan kita lagi......

Sabtu, 2 Februari 2013
AFRA BINTI UBAID AL-ANSHARIAH RA
Sumber riwayat hidupnya mengatakan bahawa Afra binti Ubaid berkahwin dengan Harits ibnu Rifa'ah al-Najjari. Anak-anak yang lahir dari pernikahan ini ialah Mu'az, Mu'awwiz dan 'Auf. Mereka bertiga digelar dengan panggilan anak-anak Afra.Setelah suaminya menceraikannya, Afra datang ke Mekah.
Setelah itu dia berkahwin dengan Bukair Ibnu Abu Yalail al-Laitsi. Dari pernikahan ini maka lahirlah empat orang anak, iaitu Aqil, Khalid, Iyyas dan Amir. Mereka berempat termasuk orang pertama yang berjanji setia dengan Rasulullah di Mekah di dalam rumah Arqam Ibnu Abu Arqam RA.
Ada sumber rujukan mengatakan bahawa Afra telah kembali dan menetap di Madinah sebelum kemunculan Islam. Pada musim haji tahun ke 11, dakwah Islamian mulai menumbuhkan benih-benih yang subur. Dalam peperangan Badar kesemua anak-anak Afra ikut serta. Dengan demikian , Afra binti Ubaid adalah seorang sahabat wanita yang mempunyai tujuh orang anak yang ikut hadir dalam perang Badar bersama Rasulullah SAW. Aqil, 'Auf dan Mu'awwiz mati syahid dalam perang Badar tersebut.
Afra binti Ubaid menunjukkan sikap dan pendirian yang menakjubkan dan menunjukkan kekuatan imannya. Ketika kedua-dua anaknya 'Auf dan Mu'awwiz mati syahid dan yang selamat hanya Mu'az, dia datang kepada Rasulullah dan berkata, " Wahai Rasulullah, yang tinggal adalah anakku yang jahat?" Rasulullah menjawab, "Tidak". Seolah-olah Afra mengharapkan agar semua anaknya mendapat penghormatan mati syahid di jalan Allah.
Dengan demikian, Afra telah mendapat pujian suci daripada Rasulullah SAW. Afra memiliki kedudukan yang baikdi sisi Saudah Ummul Mukminin. Iman ath-Thabarri Rahimahullah ada menyebut bahawa Saudah binti Zam'ah Ummul Mukminin datang ke rumah keluarga Afra untuk meringankan kesedihan mereka atas pemergian 'Auf dan Mu'awwiz.
Begitulah kisah hidup sahabat wanita yang ditemukan dalam sejarah. Imannya telah mendorongnya untuk mengorbankan anak-anaknya di jalan Allah. Meskipun sejarah tidak mencatat tahun kelahiran dan kematiannya, namun sejarah tidak pernah lupa untuk mencatat jasa-jasanya.
Semoga Allah SWT sentiasa mencurahkan keredhaan-Nya ke atas Afra binti Ubaid dan anak-anaknya dan menjadikan mereka orang yang mendapat rahmat-Nya bersama para shiddiqin, syuhada' dan orang-orang soleh. Amin.
(Rujukan Buku : Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah) terjemahan oleh Ustaz Johari Yaman.

Langgan:
Catatan (Atom)