Sayang.........
Tahun ini semuanya sibuk. Daripada enam anak-anak umi, tiga orang berjuang di medan peperiksaan utama di sekolah. Ingatlah, untuk mencapai kejayaan tidak ada jalan pintas. Semuanya memerlukan usaha, usaha dan usaha.
Berusahalah selagi termampu, anakku. InsyaAllah orang yang berusaha itu akan dinilai Allah, malah diberi ganjarannya. Untuk berjaya di dalam apa jua yang dilakukan, yang penting ialah kesungguhan. Dan ia perlu disulami dengan doa dan tawakkal.
Jauhi putus asa, kerana ia adalah pembunuh hasrat dan cita-citamu. Hindari hampa dan kecewa, kerana ia merupakan jerat yang bisa memerangkapmu.
Sayang........
Kalian sentiasa dalam doa umi, insyaAllah. Sama ada dekat di sisi, mahupun jauh di mata.... umi tetap mengiringi usaha kalian. Jangan lupakan Allah dalam tiap detik dan saat. Jaga hubungan denganNYA.
Kita bukan hanya mahu berjaya di dunia ini sahaja. Perjalanan kita bakal menuju negeri yang abadi. Walau straight A yang mungkin boleh kita kecapi, tanpa bekalan akhirat semuanya sia-sia.
Carilah A juga untuk akhlak, A juga untuk solat, A juga untuk penghayatan kalamullah, A untuk hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia. Pendek kata, straight A untuk amal ibadah kita!
Salam sayang dari umi buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan