Jumaat, 14 November 2014

TERIMA KASIH, SAHABAT

Terima kasih duhai sahabat......


Bertemu denganmu di daerah ini
Berbunga sebuah keakraban
Dalam satu rasa satu hati
Mencanai erti sebuah pengorbanan

Terima kasih duhai sahabat......
Dalam pengisian penuh bermanfaat
Mengenal erti kesungguhan
Mengadun sama kepayahan
Buat anak-anak bakal pewaris masa depan

Terima kasih duhai sahabat.....
Kerana sudi menyelami bersama
Kerana sedia berkongsi rasa
Walau kita dianugerahkan kekuatan yang berbeza
Namun tetap sama di sisiNYA

Kalau esok ditakdirkan kita tidak bersama
......perjuangan mesti diteruskan
......perjalanan tidak terhenti di sini saja
......dan tidak ada titik nokhtahnya

Cuma yang ada.....
kenangan di ingatan
tersemat dalam lipatan sejarah
saat kita merasai susah 
waktu mengecap nikmat indah
hendaknya tidak terus hilang ditelan zaman

Terima kasih duhai sahabat......
kerana turut sama mewarnai perjalanan hidup ini.

3 ulasan:

Rohani M.I berkata...

Assalam kak ida..
Rasa aritu ada tulis komen sini..trlupa pos agaknya.
Terima kasih atas nukilan ini.
Terharu dan sayu membacanya..
Semoga ukhwah yg trjalin berkekalan.
Selamat bertugas di tahun baru..yg pasti cabaran dan dugaan dah sedia menanti..semoga Allah berkati usaha kita di samping mencari rezeki yg diredhaiNya..aamiiin.

cikgu ida berkata...

selamat bertugas di tempat baru, jadilah seorang 'teacher' yang disenangi walau di mana anda berada

Rohani M.I berkata...

InsyaAllah..