Ahli majlis zon 9 Lekir bersama puteri-puteri kesayangan En Tazalli |
Foto bersama isteri tercinta dan sanak saudara |
Pernah menggalas jawatan YDP PIBG sekolah rendah dan menengah |
Mengenalinya sudah lama, iaitu sejak anak-anaknya menjadi sebahagian daripada warga sekolah tempatku bertugas. Memiliki empat orang cahaya mata, yang mana dua daripadanya sebaya dengan abang ngah dan kak uda. Perwatakannya tegas, namun sikap tolak ansurnya menyenangkan semua.
Tatkala anak-anak menyambung pelajaran di sekolah menengah, jawatan yang sama mengekorinya juga. Sikap tanggungjawabnya disenangi semua pihak. Jawatan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Begitu sikap yang ditunjukkan.
Jawatan disandang bukanlah untuk bermegah-megah atau dibangga-banggakan. Begitulah sikap beliau yang diamanahkan dengan jawatan Yang Dipertua PIBG sekolah. Beliau mudah didekati, senang didampingi.
Dua naskhah buku puisi yang dihasilkan |
Menghadiri undangan majlis dan kenduri |
Anak-anak sekolah menengah khasnya SMK Batu 10 menggelarnya 'transformer'. Sebut sahaja nama itu, semua murid tahu. Andaikata beliau terserempak dengan anak-anak, ada kalanya beliau menumpangkan mereka hingga ke rumah meskipun terpaksa berpatah balik untuk pulang ke rumahnya sendiri. Betapa pemurahnya beliau.
Bersama masyarakat dalam perjuangan |
Beliau bijak mengatur langkah, dan setiap tindak tanduknya lebih berhati-hati. Masih kuingat lagi... secara berseloroh beliau pernah menyatakan bahawa PRU yang akan datang belum tentu kita akan dapat bersama.
Foto kenangan PRU yang lalu |
Salam akhir, moga tenang di sana (1 Disember 2023 = 17 Jamadil Awwal 1445) |
Buat sahabat yang kukenali di arena politik dan di sudut puisi, selamat tinggal buatmu En. Tazalli atau mesra kami panggil Cekli Zalli. Seorang yang banyak pengalaman, dengan hidup penuh perjuangan. Mudah-mudahan Allah menerima dan menilai setiap usaha murnimu. Moga ia menjadi saham akhirat. Tahniah buat satu-satunya puteramu yang mengimami solat jenazahmu buat kali yang terakhir. Bertabahlah dan bersabarlah buat suri hati yang ditinggalkan bersama tiga puteri dan seorang putera. Walau dirimu telah tiada, perjuanganmu tetap kami teruskan. Cita-cita dan hasrat kita tetap sama.
Perginya seorang sahabat pada jam 1.50 pagi di hari Jumaat penuh barokah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan