Durrah binti Abu Lahab merupakan sepupu Rasulullah. Beliau menolak semua tindakan ayahnya, Abu Lahab yang tidak akan memberinya sebarang faedah daripada hartanya yang banyak.
Walaupun banyak tekanan dari persekitarannya, Islam mendapat tempat di hatinya yang bersih dan telinganya yang mendengar. Akhirnya Durrah memeluk Islam. Allah SWT telah mengeluarkannya daripada kegelapan kepada cahaya keimanan. Durrah binti Abu Lahab ikut berhijrah ke Madinah. Beliau telah memperoleh pahala orang-orang yang berhijrah.
Di Madinah Munawarah, Durrah binti Abu Lahab memiliki kedudukan yang tinggi dalam kalangan sahabat wanita, tetapi pandangan sinis daripada beberapa wanita telah membuatnya bersedih, kerana mereka melihatnya seorang puteri Abu Lahab yang telah menjadi musuh Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW dengan segera menangani perkara tersebut dengan menjelaskan bahawa seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Manusia tidak memiliki kecuali apa yang mereka telah usahakan. Segala perbuatannya akan diperlihatkan dan akan dibalas dengan balasan yang sebanding.
Durrah binti Abu Lahab tidak pernah berjauhan dari rumah Rasulullah. Beliau sering mengunjungi Aisyah Ummul Mukminin untuk mempelajari ilmu dan fikh. Kadangkala dia berlumba dengan Aisyah untuk berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Beliau juga adalah salah seorang penyair-penyair wanita Quraisy yang telah meriwayatkan hadis Rasulullah. Selain meriwayatkan hadis Rasulullah, Durrah sangat hebat dalam bersyair. Syair-syairnya mengandungi erti yang sangat elok dan mendalam.
Durrah selalu menjaga dan memelihara kedudukannya dan sebelum baginda wafat, baginda meredai Durrah binti Abu Lahab. Beliau hidup sehingga ke tahun 20H. Dia meninggal dunia pada zaman khalifah Umar Ibnu Khathab RA selapas mewarnai sejarah hidupnya dengan warna-warna kegemilangan yang baik dalam sejarah wanita. Semoga Allah SWT sentiasa mencurah keredhaan-Nya ke atas Durrah binti Abu Lahab.
Rujukan : Buku Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah
Terjemahan oleh Ustaz Johari Yaman
2 ulasan:
assalamualikum,saya suka cerita nie sejak kecil dan sebenarnya nama saya sendiri adalah Durrah.
Waalaikumussalam, mudah-mudahan anda menjadi seperti Durrah seperti dalam sejarah ini. Bertuahnya anda yang dinamakan DURRAH. Selamat berkenalan.
Catat Ulasan