Ahad, 22 Mei 2016

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Beli kain di kedai kain,
Cari selendang di pekan Lawin;
Dulu lain sekarang lain,
Ada bujang ada dah kahwin.

Mempelam pauh bawa ke Tumpat,
Dibuat rojak alangkah sedap;
Berpisah jauh merata tempat,
Bertemu jugak kita di 'WhatsApp'.

Ikan kelah ikan kerisi,
Pucuk silum daun kemangi;
Cikgu Fadzilah guru berdedikasi,
Bertahun lama di Sungai Wangi.

Tempah bahulu di rumah Fatini,
Órder' kerisik pada Encik Basri;
Sejak dulu hinggalah kini,
Awie mengusik Doktor Anushree.

Hinggap helang di pohon berangan,
Meredah gurun di terik mentari;
Ke mana hilang di mana gerangan,
Shidee dan Sabiron lama menyepi.

Nasi beriani sudah dibeli,
Berlalu terus makan di jeti;
Bertemu Aini dan Hassan Adli,
Di walimatul urus Áin dan Zamli.

Batang jerami di bawah pangkin,
Biskut dahlia di dalam tin;
Raja kami cuma Norashikin,
Shamsiah ceria gambar pengantin.

Pergi Kuantan singgah di Jengka,
Penuh aksesori dalam kereta;
Diyana kelihatan 'no status' sahaja,
Hazrin 'busy' sepanjang masa.

Jinjing bakul ke Parit Jawa,
Berisi petola tidak terkata;
Azue 'at school' banyak peristiwa,
Siti Hajar pula makan angin merata.


Cuti sekolah berkelah di lata,
Khemah dipasang agar selesa;
Anak Normah berkaca mata,
Warga baru kami panggil 'Cikgu Sir'.

Ke Bukit Piatu bersama Zainal,
Pergi diminta hari Selasa;
Sekadar itu yang cikgu kenal,
Maaf dipinta terkasar bahasa.






14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sungai wangi dalam kenangan,
kenangan lama jadi imbauan,
pesanan guru tak kami lupakan,
semoga terjalin ukhwah persaudaraan

Tanpa Nama berkata...

nor abdah pishol nama diberi,
safuan bin sam puas ku cari,
shaharizan bin daud tak muncul lagi,
ke manakah menghilang si hasri?

Tanpa Nama berkata...

teratai layu di tasik madu,
benarkah misteri mimpi syakilla?
nurul ilyana dah jadi guru,
kemana kah menghilang kamalinda...

cikgu ida berkata...

sungai wangi dalam kenangan,
kenangan lama jadi imbauan;
lelah mencari siapa gerangan,
muza 185 jadi persoalan.

cikgu ida berkata...

nama diungkap rindu bertandang,
bertahun pergi tidak dicari;
kalau tak silap hasri yang datang,
ada urusan di sekolah kami.

cikgu ida berkata...

teratai layu di tasik madu,
benarkah misteri mimpi syakilla?
makin disebut makin dirindu,
bilakah pasti bertemu semula.

Unknown berkata...

Indahnya khabar dari rupa,
Pencarian misteri akan bermula,
Mungkinkah pelanduk dua serupa,
Atau akan terjumpa sang pendeta

cikgu ida berkata...

Mawar merah di ruang tamu,
Untuk hiasan pandang tak jemu;
Sudah ditelah sudah ditemu,
Terserlah jawapan di balik namamu.

Unknown berkata...

Bila dilihat pandang tak jemu,
Bagai pungguk rindukan rembulan,
Ada rezeki insha-Allah ketemu,
Semoga semua beroleh kejayaan

Unknown berkata...

Bila dilihat pandang tak jemu,
Bagai pungguk rindukan rembulan,
Ada rezeki insha-Allah ketemu,
Semoga semua beroleh kejayaan

cikgu ida berkata...

Terima kasih awie..... menjengah blog cikgu. Bakal menggantikan tempat cikgu nanti, in shaa Allah.

Unknown berkata...

Tika ombak memukul pantai
Angin membawa khabar rindu
Pesan guru tidak ku abai
Walau jauh beribu batu

Darjah 1 hingga 6
Sksw pemula langkah
Setiap detik setiap jam
Wassap group selalu ku jengah


Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Pulau pandan jauh ke tengah,
Tuah ayam nampak di kaki,
Seminggu lagi Ramadhan menjengah,
Bulan barakah,kemuliaan dan rezeki