Amat benarlah seperti yang UAI katakan selalu.....
tentang facebook
tentang whatsapp
Tatkala aku dipelawa masuk ke group tersebut ..... dengan sukarela aku memberikan nombor telefon bimbitku. Hasrat untuk menautkan kembali silaturrahim yang lama terputus. Berhajat untuk mengembalikan hubungan yang hilang entah ke mana... Ya, respons amat baik pada mulanya.
Disebabkan tugas yang digalas sentiasa memerlukan komitmen....... maka aku tidak berapa mengendahkan whatsapp yang masuk melalui group itu. Cuma kekadang bila ada ruang waktu, baru aku membacanya. Rasanya tidak ada apa keperluan untuk aku menambah komen atau bicara.
Namun tatkala 'notification' bertalu-talu masuk....... dan acapkali kuperhatikan ada empat lima orang yang hanya berborak santai, berbalas-balas wasap..... maka aku mengambil keputusan untuk 'left group'.
Apa tidaknya...... aneh sekali!!! Rasanya dalam group itu masing-masing telah berumah tangga, paling tidak pun hanya seorang dua daripada yang berpuluh-puluh itu yang masih solo. Boleh pulak berbalas-balas wasap hanya berborak perkara yang remeh. Apa rasanya bersembang dengan isteri atau suami orang tanpa ada sebarang keperluan yang mendesak? Dalam waktu malam hingga ke pagi pula tu!!! Bayangkan....
Rasa syukur sangat-sangat bila aku mengambil keputusan sedrastik itu. Cuma ada seorang dua sahaja yang sempat kusimpan nombornya, itu pun yang sejantina denganku. Memang kawan baikku dulu.
Murahnya nilai diri....... jika tujuan berwhatsapp dijadikan sedemikian. Sekadar untuk melayani sembang kawan yang tidak ada langsung keperluan. Sedangkan di sisi kita ada isteri atau suami yang patut kita layani sepenuhnya. Ya Allah, ampunkanlah mereka....
Bukan aku kata yang diri ini serba sempurna..... Tapi jika dengan perkara itu makin menambah dosa yang ada, biarlah aku undur diri. Aku masih lagi belajar, belajar memperbaiki diri.
Sesekali bila difikir-fikirkan...... seolah-olah diri kita sengaja membawa masuk maksiat hatta hanya melalui 'hp' . Akibat tidak bijaknya kita menggunakannya dengan cara yang betul, padahnya kita yang terima.
Terima kasih Ya Allah, mohon berikan aku kekuatan untuk melawan tipu daya syaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan