Jumaat, 27 Mei 2022

Terima kasih Damia...

 Datang juga Damia sekeluarga petang Selasa yang baru lalu. Alhamdulillah. Katanya lama dah nak jumpa, namun tak kesampaian. Tapi rezeki tak salah alamat.... Allah menemukan kami jua akhirnya.  Terima kasih Allah.

    Mesranya keluarga ini hingga akhirnya terungkap sejarah lama.  Rupa-rupanya datuk Damia merupakan kawan suamiku.  Rancak ibu dan ayah Damia berbual dengan suamiku. Namun Damia macam biasa, tetap malu-malu. Begitulah sikapnya semasa di dalam kelas. Tidak banyak cakap, namun kerjanya tetap jalan.

    Sebelum meninggalkan kami, ada hadiah yang ditinggalkan untukku. Mungkin tidak sempat menyampaikannya kepadaku kerana aku bersara dalam waktu cuti sekolah. Terima kasih Damia. Sesikat pisang dan segenggam kunyit hidup turut diberikan, begitulah hasil berbudi kepada tanah. 

    Jemput datang lagi nanti, pintu rumah cikgu sentiasa terbuka.  Jangan lupa, belajar sungguh-sungguh demi hasrat dan cita-cita. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi.

                                            kredit to Hana, yang ambil gambar ni.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu sekeluarga menerima kunjungan kami dgn hati yang terbuka 😊. Inshaa-Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.

cikgu ida berkata...

terima kasih kembali