Isnin, 5 Jun 2023

REZEKI DAN NIKMAT


         


    HARI Sabtu yang lalu bersamaan 3 Jun 2023 berkesempatan memenuhi undangan sahabat lama, Cikgu Che Wa. Alhamdulillah. Tahniah Wa  atas kehadiran seorang menantu. Menantu sulung. Mudah-mudahan pengantin bahagia hingga ke akhir hayat. Bertambah ahli keluarga, maka bertambah besarlah ikatan kekeluargaan. Bukan hanya penyatuan dua hati, ia sebenarnya menyatukan dua keluarga. Moga menjadi keluarga mawaddah, sakinah dan rahmah.

    Paling menggembirakan kerana dapat bertemu rakan lama yang sama-sama bertugas dahulu. Bertemu sambil melepaskan rindu. Bukan sekadar berpeluang bertemu dengan tuan rumah sekeluarga sahaja. Aku menyampaikan salam anak bongsuku Fahmi kepada Irfan, salah seorang anak Wa. Mereka sama sekelas dahulu. Malangnya tidak dapat turut serta kerana telahpun berlepas pulang ke utara. Tempatnya menuntut ilmu.

    Mata meligas memerhati. Alangkah bertuahnya kerana pandanganku tertancap pada meja pertama. Di situ kutemui Kak Nani, Shikin, Mila dan anaknya, Ina M, Ina Kay serta anaknya. Salam bersambut, sempat berpelukan dengan Mila dan Ina K. Kami bertegur sapa, sementelah lama tidak bersua muka. Kelihatan ceria semuanya.

    Di meja sebelah itu kelihatan Kak Ani dan Abang Zul, nampak sihat adanya. Kami mengambil tempat kosong. Sedang menikmati hidangan, mata terpandang Tn Hj Radzi bersama isterinya, Zah. Cikgu Rashid sekeluarga kelihatan di meja yang sama.

    Azira, suami dan anaknya rupa-rupanya ada duduk makan di meja belakang kami. Kami bertegur sapa ketika terserempak membasuh tangan. As menegurku tatkala melintasi meja kami. Sempat berbual seketika. Terpandang juga Cikgu Azman dan keluarganya di meja tidak jauh dari kami. Kak Jan Sabiri sekeluarga tiba semasa kami hampir selesai makan. 

    Sebelum meninggalkan majlis, kami bersalaman dengan tuan rumah. Setinggi-tinggi tahniah buat Wa dan suami, terima kasih atas jemputan buat kami. Segala puji bagi-Mu Ya Allah, mempertemukan kami di majkis berkenaan walaupun sedetik cuma. Sementara menanti kereta bergerak pulang, aku ternampak kelibat Ustazah Azaliah bersama suaminya yang juga mahu pulang. 


(kredit foto - Pn Noor Azrina Mazlan)

Tiada ulasan: