Rabu, 7 Disember 2016

MANJUNG PERMAI

Daerah Dinding asal namanya
Bahan sejarah banyak tercipta
Gangga Negara satu darinya
Di Kampung Kota terletak kesannya
Kota Belanda gagah rupanya 
Di Teluk Gedung Pangkor tempatnya

Di Teluk Batik tempat berkelah
Teluk Batak namanya diubah
Kesan lagenda Teluk Rubiah
Tapak kakinya dilihat nyata
Di Tanjung Kepah banyak kerangnya
Di Kampung Baru banyak siputnya

     Manjung daerah membangun
     Tumpuan pelancong
     Angin laut menyegarkan
     Indahnya pandangan
     Tempatnya nelayan

Manjung permai (3X)
Tempat pelancong
Manjung permai (3X)
Pesat membangun

Pangkalan TLDM tersergam
Keselamatan tidak terancam
Pertahan negara, agama, bangsa
Semoga nusa aman sentosa
Lumut terkenal singgahan dagang
Sampai di sini lupa nak pulang......


Walaupun aku bukan asalnya orang Manjung, tapi kini telah menjadi warga Manjung setelah bertemu jodoh dengan orang di daerah ini.  Semua putera puteriku dilahirkan di bumi bertuah ini

Betapa indahnya bait-bait bahasa di atas, senikata lagu 'Manjung Permai'  masih kuingat lagi....  Tapi itu dulu.... Manjung yang kini kian hilang keindahannya.  Kian suram kelihatannya.  Menggugat emosi dan nurani pencinta alam.

Tatkala manusia mengejar kemajuan, betapa rakusnya mereka membaham peluang yang ada.  Membunuh keindahan dan keaslian yang bertapak sekian lama ........  hinggakan segalanya kian terhakis!!!

Bukankah kerosakan yang dilihat hari ini berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri???  Kita harus ambil iktibar terhadap peringatan yang Allah beri.  

Bandar pelancongan yang diagung-agungkan di dalam lagu terebut kian mula menampakkan kesan tercalarnya, dan lukanya bertambah dalam.  Demi mengejar keuntungan......  apakah segalanya harus dikorbankan....



6 ulasan:

cikgu ida berkata...

tadi mengajar topik ini....Manjung.....utk kelas pemulihan tahun 2..... berminat mrk mendengar lagu yg kudendangkan .......mengimbau sejarah di bumi sendiri....

MASTER HANIFF berkata...

Dah lama mencari lirik penuh lagu...

Lagu ni penuh bermakna dan menggamit kenangan...

MASTER HANIFF berkata...

Dah lama mencari lirik penuh lagu...

Lagu ni penuh bermakna dan menggamit kenangan...

Syuhada berkata...

Takde yang nak nyanyikan semula lagu ni ke,dalam youtube pun tiada.Hmmm

cikgu ida berkata...

Ye Syuhada, saya dah lama mencari tetapi tidak ditemui.
Terkilanlah juga. Sekadar untuk mengenang siapakah pencipta lagu atau penulis liriknya.....tiada rujukan langsung.

fathsamara berkata...

masih ingt dan terngiang2 lagi. tak silap tahun 1989.@1991
srk methodist ayer tawar