Ahad, 9 Disember 2012
RESIPI KEJAYAAN
Usai pembacaan, kuselit penanda di celahan buku hasil tulisan Puan Noraslina Jusin. Mataku melirik pada penanda tersebut. Barangkali mungkin kad comel ini turut dimiliki oleh insan lain. Namun ingin kukongsikan bersama buat tatapan semua. Mudah-mudahan menjadi ibrah buat kita bernama manusia, yang tidak lepas dari kesilapan dan dosa. Kredit buat penulis yang menulis RESIPI KEJAYAAN ini. Setinggi-tinggi kesyukuran buat Allah SWT yang mendatangkan idea dan ilham pada penulisnya.
BAHAN-BAHANNYA:
250gm Daya Usaha
100gm Kesabaran
100gm Keimanan
190gm Keinsafan
150gm Pengorbanan
150gm Campuran Akhlak Mulia
8 sudu teh Rasa Tanggungjawab
200gm Senyum Secukup Rasa
* boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna
CARA MEMBUATNYA :
* Pukul semangat hingga kembang dan kental
* Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sebati
* Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut.
* Setelah itu, campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
* Bungkuskan ia dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
* Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
* Hias dengan senyuman yang menawan, kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
Tip: Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, jauhi dari air mata putus asa walaupun setitik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan