CAPSICUM........ mungkin nama ini begitu asing bagi sesetengah orang. Kalau disebut sahaja lada benggala mungkin ramai yang tahu.
Dalam kecantikannya yang pelbagai warna, ciptaan Allah SWT ini mempunyai banyat khasiat dan manfaat. Secara ringkasnya berikut adalah manfaat kesihatan yang diperoleh daripada capsicum:
* Baik untuk diabetis
* Bersifat melawas
* Baik untuk merawat selsema dan demam
* Membantu mengurangkan kolesterol, berkesan menghindarkan strok dan serangan jantung
* Menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu menurunkan tekanan darah
* Merawat dan mencegah jangkitan
* Baik untuk membran mukus, mata dan kulit
* Mempercepatkan metabolisme dan membantu membakar lebih kalori
* Merangsang rembesan perut dan menggalakkan pencernaan
* Mempunyai antioksidan yang meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan tisu dan sel
* Padat dengan nilai antiradangan
* Mencetus pembebasan endorfin (pemancar neuro) di dalam otak yang mengurangkan rasa sakit
* Berguna dalam melambatkan asimilasi lemak di dalam usus
(rujukan : Majalah ANIS, Disember 2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan