Jumaat, 28 September 2012

KAMI YANG FOBIA

MENDENGAR SIREN AMBULANS SUDAH MENJADI HALWA TELINGA KAMI.  Bunyi dentuman   kenderaan juga sudah sebati dengan kami.  Begitulah kisah kehidupan kami yang menjadi warga sekolah yang didirikan bersebelahan dengan jalan utama.

Kes kemalangan seringkali bertandang di kawasan ini.  Kekadang dalam seminggu entah berapa kali ambulans melalui jalan utama ini.  Masih kuingat lagi waktu aku baru ditempatkan di sekolah ini.  Kejadian tersebut berlaku begitu pantas.  Sebuah kereta hilang kawalan setelah melanggar lopak air dan merempuh barisan pokok bunga lantas melayang dan seterusnya jatuh menjunam ke dalam parit berdekatan di luar pagar, di belakang kantin sekolah.  Kemalangan itu berlaku ketika hujan renyai.  Pada hari yang sama juga terjadi kemalangan kecil di antara sebuah lori dengan sebuah kereta.  

Terdapat juga kemalangan yang membabitkan seorang ibu kepada anak murid kami yang ditimpa kemalangan sewaktu ingin mengambil kad laporan anaknya.  Malah guru-guru sekolah ini juga pernah terbabit dalam kemalangan sewaktu ingin mengambil posisi untuk masuk ke kawasan sekolah.

Semasa pembinaan jejantas sedang rancak dilaksanakan, anak didik kami turut menjadi mangsa akibat kecuaiannya melintas jalan sebaik-baik tamat waktu kokurikulum sebelah petang.  Namun setelah jejantas siap dibina, berita kemalangan terus-terusan menjadi topik utama di kawasan ini.  Malah ia semakin menyesakkan dada!!!

Dentuman yang bingit dan mengejutkan acapkali menjadikan debaran jantung kian kencang.  Pelbagai tanggapan negatif kian meraja di hati.  Kekadang kami sebagai saksi utama yang melihat kejadian sentiasa diperingatkan untuk tidak turut campur tangan dalam hal luar kawasan sekolah. Semuanya demi keselamatan kami.  Tapi wajarkah kami sebagai pendidik membiarkan dan hanya berdiam diri menyaksikan kemalangan sebagai satu pesta?????

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin serta kasih sayang sesama insan..... kami tak sanggup membiarkan mangsa terkapar begitu sahaja.  Semampu yang terdaya, insyaAllah akan kami usahakan.  Paling tidak kami berharap agar usaha murni itu mampu membantu menyelamatkan nyawa, itu pun dengan izinNYA.  

Entah bila akan berakhirnya siri-siri kemalangan ini tidaklah kami ketahui.  Memang benar MALANG TIDAK BERBAU.  Tapi bila kemalangan itu dapat dihidu....kami tidak mampu untuk berdiam diri dengan hanya berpeluk tubuh melihat dan memerhati.  


2 ulasan:

cikgu ida berkata...

pagi tadi pun kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 6.35 pagi melibatkan warga sk lekir...... Ya Allah selamatkanlah anak didik itu..

cikgu ida berkata...

semalam, 10 Oktober satu kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 7.10 pagi. Mangss merupakan seorang penunggang motorsikal. Menurut seorang saksi kejadian, mangsa yang merupakan anggota paskal itu mungkin patah kaki.