Lebat berbuah si pokok pinang,
Kaitkan esok kumpul setalam;
Soal rasuah sibuk dicanang,
Seluruh pelosok di ceruk alam.
Seluruh pelosok di ceruk alam.
Ambilkan barang segenggam kacang,
Makan di sana usah berebut;
Rasuah sekarang semakin kencang,
Di mana-mana orang menyebut.
Harta karun penuh sepeti,
Sayang tertumpah di kiri kanan;
Tidakkah gerun di dalam hati,
Dosa ditempah buat mainan.
Baju sekolah mari disangkut,
Sayang sakunya terkena paku;
Kepada Allah hendaklah takut,
Hidup di dunia penuh berliku.
Jari pedih tertusuk peniti,
Ubatkan segera dengan pantas;
Alangkah sedih di dalam hati,
Ranking negara antara teratas.
Naik perahu berebut jangan,
Berdayung lama di arus deras;
Berganding bahu berpimpin tangan,
Bersama-sama rasuah dibanteras.
Kalau tahu jalan ke Tampin,
Harapkan belas tunjukkan nyata;
Bagaimana mahu hormat pemimpin,
Rasuah jelas di hadapan mata.
Berkongsi lelah adik-beradik,
Nikmat merasa di dusun buah;
Bukan salah guru mendidik,
Apabila dewasa tewas dirasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan